Wednesday, March 23, 2011

Fakta mengenai tahap 'kehalalan ' SHAKLEE

Sebagai pengguna Muslim, kita mempunyai hak untuk bertanya status halal haram sesuatu produk jualan tersebut, lebih-lebih lagi jika produk tersebut bakal menjadi darah daging kita (untuk di makan). Dan, memang sewajarnya kita yakin sesuatu produk itu HALAL, sebelum kita masukkannya ke dalam mulut. Setuju?

Tidak semestinya sijil HALAL ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja. Sesetengah pengusaha restoran mendapatkan sijil halal dari badan bertauliah yang lain. Maka, sebagai pengguna Muslim yang bijak, kita perlu banyakkan pembacaan.Ironinya, orang selalunya (termasuklah kami) tak pernah meragui status halal kedai makan Mak Minah ker, Restoran Mamat ker, Warung Pak Ali tepi jalan ker. Isu Halal Haram akan dipersoalkan apabila kedai makan tersebut mula melebarkan sayap (buka banyak branch) di seluruh Malaysia, ataupun mula mencipta nama menjadi kedai makan tersohor di tanah air.

SHAKLEE & STATUS HALAL

Produk Shaklee juga tidak terlepas dari menjadi bahan perbincangan, mengenai status ke"HALAL"an nya. Ada yang menyatakan produk Shaklee HARAM, setelah menghubungi pihak tertentu yang belum diketahui sahih kewujudannya. Peliknya, mengapa tidak menghubungi cawangan sah Shaklee di dalam Malaysia?Bukankah kita sedang bercakap mengenai produk Shaklee yang dibuat di luar negara TETAPI dipasarkan di dalam Malaysia?

Buat pengetahuan, produk Shaklee yang di pasarakan di dalam Malaysia, adalah tidak sama dengan yang di pasarkan di negara lain. Contohnya, di Malaysia hanya menjual Vita-E with Selenium. Namun, di Jepun, terdapat 3 jenis Vitamin E Shaklee - Vitamin E, Vitamin E Plus, dan Vitamin E with Selenium.

Inilah Shaklee Vitamin E dengan Selenium yang dipasarkan oleh Shaklee Malaysia:





Ini pula Shaklee Vitamin E yang dipasarkan di Jepun:

*Picture from Shaklee Japan
Jadi, jika anda meragui kapsul bovine gelatin yang digunakan oleh Shaklee Malaysia untuk pasaran Malaysia, wajarkah anda menghubungi pihak Shaklee Jepun (sekadar contoh) untuk penjelasan lanjut?Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, sehingga ke saat ini, saya sangat yakin dengan status HALAL Shaklee.
Jika anda ragu-ragu, boleh pergi ke mana-mana cawangan sah Shaklee di seluruh Malaysia (Shaklee tiada stokis, Shaklee branch hanya di 7 tempat ini sahaja, selain daripada Independent Distributors) - Subang, Wangsa Maju, Johor Bahru, Ipoh, Penang, Kota Bharu dan Kota Kinabalu - dan lihat sendiri Sijil Halal yang diperolehi oleh Shaklee. Jangan malu-malu untuk bertanya dengan staf Shaklee jika ada sebarang kemusykilan.
Source from : Genkimomma

No comments:

Post a Comment